Dapatkan khilafah Tanpa Jalan Rasul-Rasul?

Dalam Surah An-Nur, ayat 55 Allah berfirman maksudnya: “Allah telah berjanji dengan  orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia pasti akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga pasti  akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka

قُلْ هٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah -hai Muhammad-: Inilah jalanku, aku mengajak manusia kepada Allah di atas keterangan yang nyata. Jalanku dan jalan orang-orang yang mengikutiku. Maha suci Allah, aku bukan tergolong bersama golongan orang-orang musyrik.” (QS. Yusuf: 108)



Dalam setiap masa dan zaman, rasul-rasul merupakan  individu terbaik untuk dicontohi oleh umat masing-masing. Dalam quran diceritakan kisah rasul-rasul terdahulu sedangkan umat Muhammad SAW tidak disyariatkan supaya mengikuti rasul-rasul terdahulu.

"Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya Musa as. berada di tengah-tengah kalian, kamudian kalian mengikutinya dan meninggalkan aku, maka sungguh kalian telah tersesat. Sesungguhnya kalian adalah bagianku dari umat-umat (yang ada) dan aku adalah bagianmu dari nabi-nabi (yang ada)". [HR. Ahmad].

Ibnu Katsir menjelaskan,  setiap orang yang mengaku cinta kepada Allah, namun tidak berada di atas tharîqah (jalan atau sunnah) Mahammad Saw, sungguh dia telah berdusta dalam pengakuaannya itu, hingga dia mau mengikuti syariah dan agama Muhammad Saw dalam ucapan dan tindakannya.

 SOALAN: Habis, mengapa kisah-kisah mereka termaktub dalam quran kalau syariat mereka tidak boleh diikuti lagi? 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya pada kisah mereka itu (anbiya) ada pengajaran (i'brah) bagi orang yang mempunyai akal fikiran.” (Surah Yusuf, ayat 111).

I'brah( pengajaran) yang paling besar daripada kisah-kisah  anbiya ialah metodologi  dakwah rasul-rasul kepada umat masing-masing. Malah kerana tugas inilah mereka dilantik dan diperintahkan oleh Allah. Tanpa tugas ini mereka pasti tidak dilantik oleh Allah SWT.

Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan, Raj’am bin Malik Itasyan bin Sulaiman bin Daud. Baginda berketurunan Bani Israil dan dikenali dengan nama Matan bin Amtai. Ketika berumur 30 tahun baginda diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri bernama ’Ninawa’ yang menyembah berhala.Tetapi mereka tetap engkar dan tidak beriman kepada Allah.
Wahai kaumku... kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya kemewahan itu melalaikan kamu.”
Namun mereka tetap menolak lalu berkata ” Ini adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami”. 


Nabi Yunus berdakwah kepada mereka selama 23 tahun. Hanya dua orang sahaja yang menerima dakwahnya. Sebab kecewa dengan kaumnya, baginda berdoa kepada Allah agar dakwahnya diterima oleh kaumnya. Allah mewahyukan kepada baginda agar terus berdakwah selama 40 hari lagi, dan selepas itu Allah akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh kerana tidak tahan dengan kerenah kaumnya ,Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33 hari sahaja dan meninggalkan mereka.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 87 : Maksudnya : ”Ketika dia pergi dalam keadaan marah



Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan. Baginda berjalan siang dan malam. Akhirnya baginda sampai di tepi pantai dan menumpang sebuah kapal yang telah sarat dengan penumpang. Seperti firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 140 : Maksudnya :

Ketika dia lari ke kapal yang penuh dengan muatan

Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul ombak yang besar dan angin kencang menyebabkan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tengelam, pemilik kapal terpaksa membuang salah seorang penumpang dengan mengadakan pengundian.Termasuk dalam undian itu ialah Nabi Yunus. Seperti dalam firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 141 :

Maksudnya : ”Lalu dia termasuk orang-orang yang kalah”.

Nabi Yunus tahu itu, adalah balasan dari Allah kepadanya kerana meninggalkan kaumnya( meninggalkan kerja dakwah) tanpa izin dari Allah. Dengan berserah diri kepada Allah baginda terjun ke dalam laut.
Ketika Nabi Yunus berlawan dengan arus ombak seekor ikan Nun itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa cacat celanya. Nabi Yunus berada di dalam tiga kegelapan. Kegelapan malam, kegelapan di dasar lautan dan kegelapan di dalam perut ikan. Lalu baginda pun berdoa seperti firman Allah dalam Surah Al- Anbiyak ayat 87 :Maksudnya :

Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.

Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada ikan itu supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu , baginda telah terkeluar dari perut ikan dan terdampar ditepi pantai dalam keadaan lemah dan uzur setelah tiga hari tiga malam di dalam perut ikan. Seperti Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 88 :

Maksudnya : ” Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman”.

PENGAJARAN:
Nabi Yunus dihukum oleh Allah kerana berdakwah  tanpa panduan wahyu. Allah wahyukan supaya Nabi Yunus berdakwah kepada kaumnya selama 40 hari tapi  baginda hanya berdakwah sampai 33 hari sahaja.  Nabi Yunus bukan tidak melaksanakan tugasnya tapi gagal melaksanakannya mengikut wahyu pun dah kena hukum oleh Allah SWT. Apatah lagi kita sebagai  umat Nabi Muhammad SAW yang memang diperintahkan oleh Allah tanpa lantikan sebagai RASUL. Sebenarnya, kita sedang dibuai mimpi yang panjang dan  masih tidak menyedari kehebatan dan keistimewaan besar umat ini.


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آَمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (110)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ”(Ali Imran / 3 : 110)

 Samada sedar atau tidak kita adalah umat terbaik kerana diamanahkan tugas yang mulia dan paling tinggi. Lebih tinggi daripada jawatan Presiden dan Perdana Menteri. Kita dicemburui oleh umat dan nabi-nabi terdahulu.

Daripada Anas Ibn Malik r.a berkata; Sabda Rasulullah s.a.w; “Allah SWT mewahyukan kepada Musa a.s, Nabi Bani Israil, bahawa sesiapa yang menemui KU dalam keadaan menentang kenabian dan kerasulan Ahmad, nescaya Aku memasukkannya ke dalam neraka”. 
Nabi Musa a.s bersabda; “Wahai Tuhanku! Siapakah Ahmad itu"? 
Allah SWT berfirman; “Tidak Aku jadikan seorang makhluk yang lebih mulia daripadanya. Aku menulis namanya di samping namaKU di ‘Arasy sebelum Aku menjadikan langit dan bumi. Sesungguhnya syurga diharamkan ke atas sekalian mahklukKU sehingga dia memasukinya terlebih dahulu dan juga umatnya.

Nabi Musa a.s bertanya; “Siapakah umatnya?.” Allah SWT berfirman, “Umatnya ialah orang-orang yang kuat memujiKU ketika menaiki kawasan berbukit dan ketika menuruni kawasan rendah serta pada setiap keadaan. Mereka sentiasa memakai kain sarung dan mengikatnya dipinggang serta sentiasa menyucikan anggota mereka (berwudhu’). Mereka berpuasa pada waktu siang dan kuat beribadah pada waktu malam. Aku menerima amalan mereka yang sedikit dan mereka dimasukkan ke dalam syurga dengan penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Nabi Musa a.s bersabda,“Jadikanlah aku nabi umat tersebut.” Allah SWT berfirman; “Nabi mereka adalah dikalangan mereka juga.” Nabi Musa a.s bersabda, “Jadikanlah aku umat bagi nabi itu”. Allah SWT berfirman, “Engkau telah diutuskan sebelum dia dan dia diutuskan selepas kewafatan engkau tetapi Aku akan menghimpunkan engkau dan dia di Dar al Jalal (syurga)”.

Banyaklah nabi-nabi  turut berdoa menjadi nabi dan umat akhir zaman. Antaranya ialah Nabi Isa dan Ibrahim  A.S. Doa Nabi Ibrahim tidak dimakbulkan tapi namanya disebut oleh umat akhir zaman dalam tashahud ketika solat. Hanya Nabi Isa A.S sahaja doanya dimakbulkan menjadi umat akhir zaman dan baginda akan membunuh dajjal nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen

blog kengkawan