Pelaburan Emas Mana Yang Mahu Dipilih?



 
 
 
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) (untuk digunakan).
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
 

Alangkah Indahnya Berjumpa Dengan Rasulullah SAW



Alangkah dicemburuinya orang telah menatap wajah yang penuh kemuliaan dan barakah..
Kurniakanlah kepada Hamba pendosa ini juga akan nikmat ini..amiin..

Jangan Biarkan Ramadan Berlalu Tanpa Perubahan Diri Dalam Agama

Puasa dah menjelang tapi persiapan mental dan rohani masih belum mantap. Bukan senang untuk menjalani kefardhuan puasa. Moga saya  dapat menunaikan ramadhan pada tahun ni seperti yang dikehendakiNya. Kalaulah tanpa taufiq dan iradahNya pasti tidak aku mampu menjalani kefardhuan puasa seperti mana jalannya salafusoleh. Alangkah dicemburui ibadah puasa yg dilakukan oleh mereka. Ya Allah jadikanlah aku di kalangan mereka.

Bulan ramadhan adalah  bulan tarbiah dan latihan. Kalau puasa dengan cara yang betul walau sebulan kita berpuasa akan memberi kesan selama 11 bulan. Bulan puasa dikenali madrasah ramadhan kata setengah ustaz. Saya setuju dengan mereka. Kita kena ambil peluang ni. Mungkin tahun depan kita tidak berkesempatan lagi.

Jadual dan disiplin tinggi sangat penting di bulan ramadhan. Tiada siapa boleh ingatkan kita, kita sendirilah kena memotivasi diri supaya letakkan diri dalam jadual. Kalau nak jadi macam ulamak dan golongan terdahululah. Kalau tak mahu nak macam mana kan? 

Ulamak terdahulu akan menghentikan aktiviti mengajar dan akan menumpukan dan menyibukkan diri dalam infradi amal. Walaupun mengajar juga satu kebajikan tapi mengajar adalah untuk orang lain. Dalam erti kata lain fardu kifayah. Ramadhan adalah masa untuk diri mendekatkan dengan Allah. Rasulullah SAW sendiri membanyakkan amalan infradi di bulan Ramadhan.

Ramadhan bulan untuk menghampiri Allah melalui amalan-amalan kebajikan. Mereka mula menumpukan perhatian kepada amalan-amalan  sunat seperti solat-solat sunat,Quran,zikir dan lain-lain. Apatah lagi dalam amalan wajib seperti solat fardhu,mereka tidak akan tinggalkan solat berjemaah kerana berbuka puasa seperti kita. Kena ayam panggang je terus tak boleh tunai solat maghrib berjemaah. Padahal kita maklum amalan fardhu  dibulan puasa digandakan 70 kali ganda berbanding di bulan lain. Amalan sunat diberikan pahala amalan fardhu.

Kesimpulannya, kalau kita dapat baca quran 2 juzuk 1 hari, lepas puasa dapat lekat 1 juzuk pun alhamdulillah. Begitu juga kalau zikir harian dapat 3,000 sehari, lepas puasa dapat 1,500 pun o.k dah. Kalau sebelum ni solat sunat seperti duha , isyraq, hajat, tahajud sering terlepas, masa bulan puasalah  waku terbaik untuk mendisiplinkan diri kita. Dibulan inilah kita kena kurangkan aktiviti keduniaan. Makin kurang aktiviti  dunia, makin banyak masa dan keupayaan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Kalau hari-hari bulan Ramadhan kita disiplinkan diri,insya Allah lepas puasa kesan amalan ni akan bertahan hingga munculnya Ramadhan tahun depan pulak. Anggaplah Ramadhan satu latihan dan hadiah untuk kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

AMARAN:
Janganlah dibiarkan puasa berlalu dengan sia-sia. Sia--sia kerana ia dibiarkan berlalu seperti mana bulan-bulan yang lain sahaja. tiada peningkatan langsung dalam amalan-amalan kebajikan. alangkah celaka kita jika membiarkan Ramadhan yang diberkati berlalu begtu sahaja. Kalau di bulan yang syaitan-syaitan di rantai dan dibuang ke laut pun masih belum mampu memujuk hati yang keras ini ke arah keredhaanNYa, maka siapa lagi yang boleh membantu mengubah kedudukan kita di syurga dan menikmati peningkatan darjat di sana. Dunia adalah tempat bercucu tanam, maka di akhirat lah tempat menuainya. Kalaulah yang kita tanam jagung janganlah bermimpi untuk mendapatkan gandum di sana. Semua bergantung keputusan di sini.

Ayoh..Mari sama-sama mengubah nasib kita sekarang. Usaha dan istiqamah sehingga Dia mendatangkan kepurtusanNya.

Ya Allah ,Janganlah Engkau melupakan daku di bulan ini sehingga daku membiarkan Ramadhan berlalu tanpa maghfirah, pembebasan dari neraka dan peningkatan darjat ke atas ku. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen

blog kengkawan