Bergaduh Berkenaan Ijtihad (furu') Hanya Menonjolkan Kejahilan

Bahagian Satu



Bahagian Dua


Apabila sebut para sahabat r.a maka hadith menyebut"mereka seumpama bintang-bintang". Merekalah orang yang paling arif dan paling faham tentang agama dan sunnah Nabi SAW. Merekalah yang dikatakan oleh Allah SWT sebagai   "Kamu adalah ummat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia".  Tetapi di dalam siasah mereka tidak mewariskan  toriq yang jelas kepada ummat ini. 

Apa tidaknya dalam pelantikan setiap khalifah pun sudah berbeza-beza. Itu belum lagi pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh setiap khalifah.Tindakan para sahabat r.a dalam siasah memeningkan ummat akhir zaman dengan pertikaian dan konflik yang berlaku. Ini juga menunjukkan Rasulullah tidak meninggalkan sesuatu yang jelas berkenaan siasah kerana ia bakal mengalami perubahan-perubahan di sepanjang zaman. Jadi siasah memerlukan kebijaksanaan dan strategi tanpa mengorbankan syariat. Dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, majoriti para sahabat merasa sangat terpukul dan kerugian berpihak kepada orang Islam. Namun , ternyata keuntungan sebenarnya berpihak kepada orang Islam kerana kebijaksanaan nabi dalam strategi.

Pada pendapat saya yang dhaif ini,  kalaulah  nabi SAW mewariskan kita dengan hadith-hadith yang jelas pun tentu akan menyukarkan ummat ini untuk mengikutinya dengan baik. Sebab? Setiap negara mempunyai sistem siasah dan budaya  berbeza. Ketidakjelasan inilah yang memerlukan para khalifah berijtihad dan bermusyawarah di kalangan mereka dalam urusan mereka. Kalau tidak masakan mereka begitu berani untuk bermusyawarah dalam perkara nas.

Sebab itulah apabila Maulana Yusuf ketika ditanya" Mengapa tidak diwujudkan usul-usul( tertib2) dakwah.  Beliau menyatakan bahawa dia telah meninggalkan Hayatus Sahabah( yang mengandungi dua jilid )untuk pendokong dakwah". Berpegang lah kepada Al-Quran , sunnah dan amalan para sahabah dalam menjalankan dakwah kerana merekalah telah  dilatih  dan paling dekat dengan  nabi. Ini kerana siasah terbentuk kerana sebab-sebab yang sangat penting iaitu DAKWAH. 



Pendek kata tanpa keperluan mendakwahkan Islam tidak wujud keperluan siasah. Apa yang penting oleh orang beriman hanyalah mendapat redha Allah dan jaminan syurga sementara yang lain (dunia) tidak penting lagi. Tak penting siapa yang memerintah yang pasti aku dapat masuk syurga. Cuma melalui siasah dakwah yang disampaikan akan jadi mudah dan senang diterima.  Dalilnya.. Semua Rasul menjalankan tugas asas mereka iaitu DAKWAH. Tapi tidak semua mereka diberi kuasa siasah. Hanya beberapa rasul sahaja yang dianugerahkan kuasa politik seperti Daud, Sulaiman, Yusuf dan Muhammad SAW  A.S. 

Sesungguhnya kuasa siasah bukanlah maksud tetapi kerjalah(dakwah) yang menjadi tumpuan nabi-nabi. Kalau tidak masakan Nabi Musa akan  berpatah balik ke Mesir ketika Fir'aun dan 1 juta tenteranya ditenggelamkan oleh Allah di Laut Merah. Kalaulah kuasa politik yang menjadi tumpuan @ maksud rasul dihantar sudah pasti Nabi Musa akan menggantikan tempat Fir'aun di Mesir. Padahal sudah tentu pada fikiran kita dakwah Musa akan jadi mudah nanti melalui apabila kuasa sudah diperolehi.

Sesungguhnya DAKWAH adalah siasah Mursalin(POLITIK RASUL-RASUL). Hanya ada dua kemungkinan dalam dakwah nabi. Pertama, berjaya diterima oleh masyarakat. Dua, rasul mendapat syahid @ kehancuran kaum tersebut melalui penolakan terhadap seruan dakwah nabi. Dalam Quran seruan @ dakwah rasul-rasul semuanya sama iaitu seruan kepada mentauhidkan Allah". Quran menyebutkan  satu persamaan dalam seruan Rasul ini iaitu  atas perkara usul.  Walaupun syariat  memang penting tapi perbezaan syariat  rasul-rasul  tidak dihighlightkan dalam quran. Kenapa ? Kerana perbezaan-perbezaan ini tidak akan membawa manusia ke tahap maju dan ke depan di sisi Allah. Kalau kita hanya sibuk menonjolkan perbezaan-perbezaan yang kecil dalam Islam ( ijtihad, furu', mazhab) samada memaksa ijtihad anutan kita diterima @ menolak ijtihad orang lain maka selama itulah kita tidak berjaya menyatukan ummat ini. Selama itulah kita senantiasa bergaduh dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Allah.
 
Siapa berani cakap bahawa dalam usaha dakwah tiada politik? Kalau dia berani bercakap demikian maka dia juga berani  mendustakan rasul-rasul yang tiada kuasa siasah. 

Jadi usaha menyatukan umat Islam dengan perkara khilafiah @ furu' adalah perkara sia-sia dan makin meluaskan perbezaan di antara ummat dan bukan juga tindakan yang bijak dan sentiasa dijauhi oleh para ulamak muktabar. Apatah lagi usaha memaksa hanya satu ijtihad sahaja diterima pakai juga satu tindakan yang melambangkan kejahilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen

blog kengkawan