Adakah Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran?
Bagi melihat samada urusan perniagaan ini diharamkan atau dihalalkan oleh Islam, ayuh kita sama-sama melihat apakah pandangan ulama' tentang persoalan berikut.
Perbedaan pendapat ulama' adalah terhasil dari perbedaan pandangan dari sudut emas itu sendiri. Adakah emas itu sebagai satu barang dagangan sepertil lain-lain barangan seperti makanan, pakaian, kenderaan, rumah dan sebagainya atau emas diletakkan dalam kategori lain?
Secara umumnya, para fuqaha' bersepakat bahawa emas dan perak adalah sebagai barang perniagaa. Justeru tidak ada masalaah untuk menjualnya melalui kaedah “murabahah” (mengambil untung) begitu juga secara ansuran.Ini kerana kerana ia adalah bahan galian yang telah digabungkan dengan hasil kreativiti tukang emas. Maka hasil dari kreativiti tersebut lahirlah berbagai produk hiasan yang beraaskan emas seperti gelang, cincin, rantai leher dan lain-lain.
Adapun penjualan secara ansuran yang diharamkan di dalam hadith adalah khusus bagi emas dan perak asal (yang belum ditempa).
Menurut Dr. Mahmud ‘Ukam se orang pensyarah Syariah di Suria:
"Harus jual Emas denga harga ansur, kerana ia adalah barang, terutamanya apabila ianya telah dibentuk atau telah berubah menjadi barang perhiasan. Pendapat ini telah dipersetujui oleh ramai para fuqaha’ sebagaimana yang disebutkan oleh pengarang kitab “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”
Se orang lagi ulama' iaitu Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi, penyusun kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah dari negara Kuwait berkata: "Emas dan perak tidak harus dijual dengan duit melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya termasuk dalam “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “penyerahan di dalam majlis”
Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulama' Saudi pula pula berpandangan:
"Sebahagian besar ahli ilmu lama dan baru berpendapat bahawa Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran dan mereka mensyaratkan apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad dan tidak boleh dijual secara ansuran"
Namun terdapat di sana sebahagian fuqaha’ lain yang berpendapat bahawa menjual emas dan perak secara ansuran adalah haruskannya. Ini kerana menurut pandangan mereka perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit dan telah masuk dalam ketegori barang. Maka dengan itu adalah harus menjual dan membelinya dengan bertempoh.
Di sana terdapat se orang lagi ulama yang memberi pandangan tentang permasalahan ini. Menurut Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi iaitu Ketua Jabatan Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
"Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, kerana hadis yang sahih menunjukkan bahawa wajib menjual emas dan perak secara tunai dan segera. Rasulullah s.a.w bersabda:
لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد
Terjemahan:
“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”
Dr Ali Jum’ah Mufti Republik Mesir pula berpendapat: "Emas dan perak yang dibentuk, adalah terkeluar dari syarat yang mewajibkan tunai dan serah kerana emas dan perak sama seperti barangan-barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi di dalam kaedah syarak “bahawa hukum itu ada bersama sebabnya dan pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat Imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainya.
Menurut Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in:
“Perhiasan yang terjadi hasil dari ciptaan yang diharuskan seperti baju dan barang, tidak diwajibkan zakat, dan tidak juga berlaku riba jika dijual di antaranya meskipun secara ansuran atau secara tangguh."
Berdasarkan apa yang telah dibeincangkan oleh para ulama', maka jelaslah bahawa menjual dan membeli emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh adalah DIHARUSKAN. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia kekal mengikut hukum asal iaitu HARAM mengikut hukum syara' kerana jual beli seumpama itu dikira sebagai riba.
Cuba kita lihat senario ini. Seorang wanita berhasrat untuk membeli emas secara ansuran kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.Lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansuran. Tukang emas tersebut bersetuju untuk menjual emas kepada wanita tersebut secara ansuran. Lalu penjual emas itu menimbang dan menyebutkan harganya kepada wanita tersebut. Tukang emas itu berkata kepada wanita tersebut bahawa beliau akan menjualkan emas tersebut kepada wanita tersebut dengan harga yang telah dipersetujui melalui pembayaran secara ansuran,dan bersetuju untuk tidak akan menambahkan harganya walaupun harga emas naik di masa yang akan datang. Wanita tersebut bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh penjual emas tersebut dan menyatakan bahawa beliau tidak akan menuntut dari penjual emas tersebut untuk mengurangkan harga bila harga emas turun di masa akan datnag.Lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa bagi emas yang hendak dibeli. Apakah hukum jualan ini? Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.
Menurut Syeikh Uthaimin r.a memberi pandangan tentang hukum beli emas secara ansur seperti berikut:
Terdapat dua jenis jualan emas secara ansur:
Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mestilah diserahkan lima ribu rial tersebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”
Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darimu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, kerana jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh.
Berdasarkan kepada hujah-hujah oleh para ulama' ini maka boleh dirumuskan bahawa apabila dijual emas dengan emas maka mestilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.
Kesimpulannya
1- menjual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan pada hari ini tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Ini kerana jual beli emas mengikut amalan kita hari ini adalah dalam bentuk barangan.
2- Oleh kerana Adakah Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran?
Bagi melihat samada urusan perniagaan ini diharamkan atau dihalalkan oleh Islam, ayuh kita sama-sama melihat apakah pandangan ulama' tentang persoalan berikut.
Perbedaan pendapat ulama' adalah terhasil dari perbedaan pandangan dari sudut emas itu sendiri. Adakah emas itu sebagai satu barang dagangan sepertil lain-lain barangan seperti makanan, pakaian, kenderaan, rumah dan sebagainya atau emas diletakkan dalam kategori lain?
Secara umumnya, para fuqaha' bersepakat bahawa emas dan perak adalah sebagai barang perniagaa. Justeru tidak ada masalaah untuk menjualnya melalui kaedah “murabahah” (mengambil untung) begitu juga secara ansuran.Ini kerana kerana ia adalah bahan galian yang telah digabungkan dengan hasil kreativiti tukang emas. Maka hasil dari kreativiti tersebut lahirlah berbagai produk hiasan yang beraaskan emas seperti gelang, cincin, rantai leher dan lain-lain.
Adapun penjualan secara ansuran yang diharamkan di dalam hadith adalah khusus bagi emas dan perak asal (yang belum ditempa).
Menurut Dr. Mahmud ‘Ukam se orang pensyarah Syariah di Suria:
"Harus jual Emas denga harga ansur, kerana ia adalah barang, terutamanya apabila ianya telah dibentuk atau telah berubah menjadi barang perhiasan. Pendapat ini telah dipersetujui oleh ramai para fuqaha’ sebagaimana yang disebutkan oleh pengarang kitab “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”
Se orang lagi ulama' iaitu Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi, penyusun kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah dari negara Kuwait berkata: "Emas dan perak tidak harus dijual dengan duit melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya termasuk dalam “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “penyerahan di dalam majlis”
Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulama' Saudi pula pula berpandangan:
"Sebahagian besar ahli ilmu lama dan baru berpendapat bahawa Haram Jual Beli Emas Secara Ansuran dan mereka mensyaratkan apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad dan tidak boleh dijual secara ansuran"
Namun terdapat di sana sebahagian fuqaha’ lain yang berpendapat bahawa menjual emas dan perak secara ansuran adalah haruskannya. Ini kerana menurut pandangan mereka perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit dan telah masuk dalam ketegori barang. Maka dengan itu adalah harus menjual dan membelinya dengan bertempoh.
Di sana terdapat se orang lagi ulama yang memberi pandangan tentang permasalahan ini. Menurut Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi iaitu Ketua Jabatan Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
"Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, kerana hadis yang sahih menunjukkan bahawa wajib menjual emas dan perak secara tunai dan segera. Rasulullah s.a.w bersabda:
لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد
Terjemahan:
“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”
Dr Ali Jum’ah Mufti Republik Mesir pula berpendapat: "Emas dan perak yang dibentuk, adalah terkeluar dari syarat yang mewajibkan tunai dan serah kerana emas dan perak sama seperti barangan-barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi di dalam kaedah syarak “bahawa hukum itu ada bersama sebabnya dan pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat Imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainya.
Menurut Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in:
“Perhiasan yang terjadi hasil dari ciptaan yang diharuskan seperti baju dan barang, tidak diwajibkan zakat, dan tidak juga berlaku riba jika dijual di antaranya meskipun secara ansuran atau secara tangguh."
Berdasarkan apa yang telah dibeincangkan oleh para ulama', maka jelaslah bahawa menjual dan membeli emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh adalah DIHARUSKAN. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia kekal mengikut hukum asal iaitu HARAM mengikut hukum syara' kerana jual beli seumpama itu dikira sebagai riba.
Cuba kita lihat senario ini. Seorang wanita berhasrat untuk membeli emas secara ansuran kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi.Lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansuran. Tukang emas tersebut bersetuju untuk menjual emas kepada wanita tersebut secara ansuran. Lalu penjual emas itu menimbang dan menyebutkan harganya kepada wanita tersebut. Tukang emas itu berkata kepada wanita tersebut bahawa beliau akan menjualkan emas tersbeut kepada wanita tersebut dengan harga yang telah dipersetujui. i dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas, lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum jualan ini? Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.
Jawab:
Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.
Ditanya Syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:
Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mestilah diserahkan lima ribu rial tersebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”
Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darimu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, kerana jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh.
Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mestilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.
Kesimpulannya
1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.
2- Oleh kerana dinar, jongkong dan perhiasan dikategorikan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diamalkan dalam urusan jual beli emas hari ini dianggap sebagai jual tempah (bai' al salam).
3- Dari sudut keselamatan pula adalah tidak praktikal untuk mengendalikan jual beli emas secara tunai dan dalam majlis khususnya jika jumlah transaksi itu besar kerana ini akan mendedahkan penjual dan pembeli kepada bahaya. Ini juga dikukuhkan dengan kaedah "situasi mempengaruhi hukum".
4- Walaubagaimanapun, adalah lebih aula untuk membuat urusan jual beli melalui kaedah tunai tanpa sebarang penangguhan bagi mengelakkan kedua-dua pihak mengalami kerugian akibat suatu perkara yang tidak dijangkakan di samping mengamalkan sunnah dan suruhan Nabi s.a.w
Wallahu a'lam bissawab
Dr Nik Rahim Nik Wajis
013 6410135
p/s: jika ada sebarang keraguan, sila hubungi saya melalui nombor di atas atau email: drnrnw@gmail.com