Sebenarnya, sumber-sumber bagi orang Islam mencari rezeki begitu banyak. Tetapi disebabkan kerosakan agama yang meluas dan keyakinan terhadap amal soleh yang semakin terhakis menyebabkan orang Islam tidak lagi yakin terhadap punca2 yang mendatangkan rezeki tersebut.
1. Solat
واْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْعَلَيْهَا لاَنَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نرْزُقُكَ وَالعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Suruhlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu .Bahkan kamilah yang memberi rezeki kepada mu. Dan balasan yang baik adalah bagi orang bertaqwa.
2. Menegakkan kalimah Allah di muka bumi (jihad)
Hanya selepas usaha dakwah digerakkan oleh Rasulullah SAW ke luar dari Madinah barulah khazanah terbuka luas. Pintu keberkatan langit dan bumi dibuka seluas-luasnya oleh Allah sebagaimana yang dijanjikan Nya. Apabila dakwah digerakkan maka mana -mana negara @ kerajaan yang berhadapan dengan jemaah dakwah yang dibentuk Nabi akan menerima 3 pilihan. Pertama mereka hendaklah menerima Islam. Kedua, mereka dikehendaki membayar jizyah. Ketiga, dalam tempoh selepas tiga hari mereka akan diperangi kerana menghalang dakwah kepada rakyat mereka dan menghalang laluan dakwah yang akan diteruskan ke hadapan. Di sinilah khazanah melimpah ruah apabila sesuatu kerajaan menolak dakwah maka mereka akan diperangi dan khazanah negara menjadi ghanimah bagi tentera Islam.
3. Tawakkal
وَمَن يَتّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. At-Tolak: 2 & 3
4. Beriman dan bertaqwa
وَلَو أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى أَامَنُو والتَّقَوْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
Dan jika sekiranya penduduk kampung itu beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya kami akan bukakan ke atas mereka keberkatan daripada langit dan bumi.
5. Berbuat baik kepada ibu bapa
1 .عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله: وَيُزَادَلَهُ فِيْ رِزْقِهِ فَلْيَبُرَّ وَالِدَيْهِ وَلْيَصِلْ رَحِمَهُ. روه أحمد 3/266
Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang ingin umur dipanjangkan dan rezeki ditambahkan, maka hendaklah ia memperlakukan kedua ibu bapanya dengan baik dan berbuat baik kepada kaum kerabatnya.
6. Menjaga silaturrahim
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله ص قال: مَنْ أَحَبَّ أنْ يُبْسَطَ لَهُ فِيْ رِزْقِهِ , وَيُنْسَأَلَهُ فِيْ أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ. روه البخاري, باب من بسط له في الرزق...رقم: 5986
Anas bin Malik meriwayatkan, Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang suka rezekinya bertambah dan umurnya dipanjangkan, maka hendaknya ia berbuat baik dan bermurah hati kepada kaum kerabatnya.
7. Banyak istighfar
8. Surah Al-Waqi’ah
Ibnu Mas ‘ud r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda: Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ ah pada setiap malam,kepapaan tidak akan menimpanya buat selama-lamanya. Dan adalah Ibnu Mas’ ud sentiasa menyuruh anak2 perempuannya agar membaca surah ini pada setiap malam.
Keterangan: Pada waktu itu, mencari nafkah bukan merupakan pekerjaan kaum wanita. Jadi membaca surah ini memberi jaminan rezeki kepada orang yang tidak dipertanggungjawabkan mencari nafkah.
9. Melalui orang yang lemah di antara kita ( membela orang yang lemah, OKU dll)
عن أبي الدرداء رضي عنه يقول: سمعت رسول الله ص.ع.س. يقول: ابْغُوْنِيْ الضُّعَفَاءَ فَإِنَّمَا تُرْزَقُوْنَ وَتُنْصَرُونَ بِضُعَفَائِكُمْ. روه أبو داود, باب في الإنتصار.... رقم: 2594
Abu Darda R.A meriwayatkan, saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Perhatikanlah orang-orang yang lemah di antara kamu, kerana kamu diberikan rezeki dan dibantu kerana orang yang lemah di antara kamu. ( Hr. Abu Dawud)
Keterangan : So, janganlah rasa suasah hati membela ibu bapa yang sudah tua atau OKU kerana menarik rezeki untuk kita.
10. Doa
اُدْعُوْنِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya : Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan.
Keterangan: Yakinlah dengan doa kerana dalam doa ada jaminan penerimaan daripadaNya.
11. Kahwin
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.(surah An-Nur :32)
12. Sedekah
1.Rasullah SAW bersabda “ MIntalah bantuan rezeki melalui sedekah”.
2. Ada Hadith yang menyebut bahawa sedekah menyebabkan penambahan harta.
3. AbdulRahman bin Auf berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “ Ada 3 perkara yang demi Zat yang nyawaku di tanganNya, aku bersumpah mengenai ketiga2 perkara ini. Pertama, dengan sedekah harta tidak menjadi kurang.Kedua, hamba Allah yang dizalimi jika memaafkan orang yg menzaliminya,maka pada hari kiamat Allah akan menambahkan kemuliaannya. Perkara yang ketiganya adalah tidak membuka seseorang hamba akan pintu meminta2 melainkan Allah membuka baginya akan pintu kemiskinan.(Targhib)
13. Berniaga
14. Pertanian
15. Buruh /makan gaji
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).(Surah Al-Jumu’ah:9 & 10)
16. Minta sedekah ( darjat yang paling rendah dan paling hina)
Sebenar, ada lagi sumber rezeki bagi orang Islam. Apa yang tuliskan di sini hanyalah sebahagian sahaja. Saya juga tidak berniat untuk memanjang-manjang catatan saya. Mungkin hari yang lain saya akan menulis berkenaan ini dengan lebih detail lagi. Apa terlebih penting ialah yakin dan amal...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan