16 PUNCA REZEKI BAGI ORANG ISLAM



Sebenarnya, sumber-sumber bagi orang Islam mencari rezeki begitu banyak. Tetapi disebabkan kerosakan agama yang meluas dan keyakinan terhadap amal soleh yang semakin terhakis menyebabkan orang Islam tidak lagi yakin terhadap punca2 yang mendatangkan rezeki tersebut.

1.    Solat
واْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْعَلَيْهَا لاَنَسْأَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نرْزُقُكَ وَالعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Suruhlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu .Bahkan kamilah yang memberi rezeki kepada mu. Dan balasan yang baik adalah bagi  orang bertaqwa.

2.       Menegakkan kalimah Allah di muka bumi (jihad)
    Hanya selepas usaha dakwah digerakkan oleh Rasulullah SAW ke luar dari Madinah barulah khazanah terbuka luas. Pintu keberkatan langit dan bumi dibuka seluas-luasnya oleh Allah sebagaimana yang dijanjikan Nya. Apabila dakwah digerakkan maka mana -mana negara @ kerajaan yang berhadapan dengan jemaah dakwah yang dibentuk Nabi akan menerima 3 pilihan. Pertama mereka hendaklah menerima Islam. Kedua, mereka dikehendaki membayar jizyah. Ketiga, dalam tempoh selepas tiga hari mereka akan diperangi kerana menghalang  dakwah kepada rakyat mereka dan menghalang laluan dakwah yang akan diteruskan ke hadapan. Di sinilah khazanah melimpah ruah apabila sesuatu kerajaan menolak dakwah maka mereka akan diperangi dan khazanah negara menjadi ghanimah bagi tentera Islam.

3.    Tawakkal
وَمَن يَتّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ  وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.                   At-Tolak: 2 & 3

4.    Beriman dan bertaqwa
وَلَو أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى أَامَنُو والتَّقَوْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
Dan jika sekiranya penduduk kampung itu beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya kami akan bukakan ke atas mereka keberkatan daripada langit dan bumi.  
5.    Berbuat baik kepada ibu bapa
1 .عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله: وَيُزَادَلَهُ فِيْ رِزْقِهِ فَلْيَبُرَّ وَالِدَيْهِ وَلْيَصِلْ رَحِمَهُ. روه أحمد 3/266
Anas bin Malik meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang ingin umur dipanjangkan dan rezeki ditambahkan, maka hendaklah ia memperlakukan kedua ibu bapanya dengan baik dan berbuat baik kepada kaum kerabatnya.


6.       Menjaga silaturrahim
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله ص قال: مَنْ أَحَبَّ أنْ يُبْسَطَ لَهُ فِيْ رِزْقِهِ , وَيُنْسَأَلَهُ فِيْ أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ. روه البخاري, باب من بسط له في الرزق...رقم:  5986
Anas bin Malik meriwayatkan, Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: Barang siapa yang suka rezekinya bertambah dan umurnya dipanjangkan, maka hendaknya ia berbuat baik dan bermurah hati kepada kaum kerabatnya.


7.    Banyak istighfar

8.    Surah Al-Waqi’ah
Ibnu Mas ‘ud r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw bersabda: Barangsiapa membaca surah al-Waqi’ ah pada setiap malam,kepapaan tidak akan menimpanya buat selama-lamanya. Dan adalah Ibnu Mas’ ud sentiasa menyuruh anak2 perempuannya agar membaca surah ini pada setiap malam.
Keterangan:  Pada waktu itu, mencari nafkah bukan merupakan pekerjaan kaum wanita. Jadi membaca surah ini memberi jaminan rezeki kepada orang yang tidak dipertanggungjawabkan mencari nafkah.

9.    Melalui orang yang lemah di antara kita ( membela orang yang lemah, OKU dll)

عن أبي الدرداء رضي عنه يقول: سمعت رسول الله ص.ع.س. يقول: ابْغُوْنِيْ الضُّعَفَاءَ فَإِنَّمَا تُرْزَقُوْنَ وَتُنْصَرُونَ بِضُعَفَائِكُمْ. روه أبو داود, باب في الإنتصار.... رقم: 2594
Abu Darda R.A meriwayatkan, saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Perhatikanlah orang-orang yang lemah di antara kamu, kerana kamu diberikan rezeki dan dibantu kerana orang yang lemah di antara kamu. ( Hr. Abu Dawud)
Keterangan : So, janganlah rasa suasah hati membela ibu bapa yang sudah tua atau OKU kerana menarik rezeki untuk kita.

10. Doa
اُدْعُوْنِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya : Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan.
Keterangan: Yakinlah dengan doa kerana dalam doa ada jaminan penerimaan daripadaNya. 

11. Kahwin
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.(surah An-Nur :32)

12. Sedekah
1.Rasullah SAW bersabda “ MIntalah bantuan rezeki melalui sedekah”.
2. Ada Hadith yang menyebut bahawa sedekah menyebabkan penambahan harta.
3. AbdulRahman bin Auf  berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “ Ada 3 perkara yang demi Zat yang nyawaku di tanganNya, aku bersumpah mengenai ketiga2 perkara ini. Pertama, dengan sedekah harta tidak menjadi kurang.Kedua, hamba Allah yang dizalimi jika memaafkan orang yg menzaliminya,maka pada hari kiamat Allah akan menambahkan kemuliaannya. Perkara yang ketiganya adalah tidak membuka seseorang hamba akan pintu meminta2  melainkan Allah membuka baginya akan pintu kemiskinan.(Targhib)

13. Berniaga
14. Pertanian
15. Buruh /makan gaji
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).(Surah Al-Jumu’ah:9  & 10)
16.  Minta sedekah ( darjat yang paling rendah dan paling hina)
Sebenar, ada lagi sumber rezeki bagi orang Islam. Apa yang tuliskan di sini hanyalah sebahagian sahaja. Saya juga tidak berniat untuk memanjang-manjang catatan saya. Mungkin hari yang lain saya akan menulis berkenaan ini dengan lebih detail lagi. Apa terlebih penting ialah yakin dan amal...

Quran Al-Hidayah

KLIK KT SINI :-)








YANG NI PUN KLIK LA ETEK


Harga Penghabisan Stok Cuma : RM 65.00 ( tak termasuk penghantaran)

Ciri-ciri Al-Qur’an Al-Hidayah (8 dalam 1):
1. Al-Qur’an Tafsir per Kata (Tafsir Kalimah Demi Kalimah/Harfiyyah)
2. Terjemahan Ayat
3. Tajwid Panduan Angka (lebih mudah diingat berbanding dengan jenis panduan warna)
4. Asbabunnuzul (sebab-sebab ayat tertentu dalam Al-Qur’an diturunkan)
5. QMS (Qur’an Message Service): Maklumat ringkas mengenai Al-Qur’an
6. Indeks Juz
7. Indeks Tematik
8. Panduan Menghafal Al-Qur’an untuk Orang Awam

• Telah mendapat Tanda Tashih No P.VI/l/TL.02.1/503/2010 daripada Lajnah Pentashih Mushaf Al-Quran Departemen Agama RI.
• Halaman sesuai dengan standard Mushaf Uthmani bagi memudahkan aktiviti hafalan dan tilawah.
• Bonus 3 pita berwarna pembahagi mukasurat.
• Menggunakan kertas khusus Al-Qur’an. Warna krim yang tidak silau bagi mata membuatkan pembacaan terasa lebih selesa.
• Ukuran A4 (21 cm x 29 cm); huruf Al-Qur’an dan terjemahan lebih besar dan mudah dibaca.
• 632 mukasurat.

hubungi  saya 019-9143210



Rumah Teres jalan mawar 43, Pasir Gudang Ingin dijual

Dokumen-dokumen berkaitan 





Alamat Rumah yang ingin dijual:
No. 11,Jalan Mawar 43,
Taman Mawar
8170 Pasir Gudang,
Johor.

Spesifikasi Rumah:
  • Luas 22' x 70'
  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • 1 KM dari Pusat Bandar Pasir Gudang
  • Depan Sekolah Menengah Pasir Gudang 2
  • Di sebelah Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4
Untuk melihat dengan lebih jelas dan memuaskan  sila  : Buka google maps kemudian taip 
( no.11,jalan mawar 43, taman mawar pasir gudang,johor ).

Harga : 127,000( harga boleh runding)
Hubungi saya segera jika berminat : 019-9143210 ( Raja Muhd)

PRODUK PRODUK PUBLIC GOLD


produk2 public  gold dinar


 











public dinar klik  public dinar untuk lihat harga semasa





jewellry.com


barang kemas di public jewellry
























 

Hubungi saya untuk maklumat/membeli emas di 019-9143210
p/s : beli jangan x beli....emas semakin naik tau.. 
menyimpan,melabur dengan emas!

Rahsia Saintifik Kayu Sugi


Semakin berkembang ilmu sains, maka semakin banyak lagi rahsia-rahsia, misteri dan amalan tradisional suatu ketika dahulu terbongkar. Penemuan rahsia gelombang elektromagnetik pada kayu sugi adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan para saintis.
Panel Pembumi

Dalam tubuh badan manusia terdapat pengaliran caj yang berperanan memastikan sel-sel tubuh terus bertenaga dan menjalankan fungsi seperti normal. Secara umumnya kaum lelaki dewasa mempunyai caj elektron dominan. Manakala kaum wanita dan kanak-kanak mempunyai caj proton dominan. Antara kedua-dua jenis caj ini, elektron yang penting kerana ia mempertenagakan sel.

Elektron ini sentiasa digunakan dan akibatnya akan hadir caj proton. Caj proton yang berlebihan ini perlu dialirkan keluar supaya elektron dapat diperbaharui.

Pengaliran proton keluar perlu melalui panel khas yang digelar “panel pembumi”. Pada tubuh terdapat dua bahan organik yang berfungsi sebagai panel peneutral kehadiran proton berlebihan pada tubuh iaitu rambut (bulu roma), gigi, kuku dan kulit mati (atau mana-mana organik binaan mineral yang menganjur keluar dari tubuh).

Pencemaran Panel
Sebagai Panel Pembumi, ia sentiasa akan menampung kehadiran caj proton. Oleh itu ia sangat berpotensi untuk tercemar. Pada peringkat pencemaran yang rendah, ia boleh dibersihkan melalui cara dibasuh menggunaan air mutlak dengan kerap.

Kawasan yang perlu dibersihkan ialah wajah (bulu roma terdapat banyak di wajah), kepala, anggota tangan dan kaki.
Panel Pembumi ini tidak dapat dibersihkan dengan air sekiranya kandungan sel mati terlalu tinggi (atau panjang). Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil
1. Kuku panjang perlu dibuang. Menyimpan kuku panjang akan menyebabkan caj protein lebih kerap mencemarinya.
2. Rambut yang panjang perlu dilindungi daripada terdedah kepada atmosfera luar rumah supaya tidak mudah tercemar dengan caj proton berlebihan. Memakai tudung akabila keluar rumah bukan sekadar menutup aurat terhadap orang bukan muhrim tetapi mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
3. Mandi perlu kerap setiap hari supaya sel kulit mati dapat disingkirkan. Hubungan intim antara suami isteri akan meneutralkan caj elektron dan menjadikan potensi untuk dicemari caj proton lebih tinggi. Oleh itu, mandi junub selain untuk tujuan bersuci dari hadas, ia juga mempunyai alasan yang sungguh saintifik.
Gigi tidak memanjang atau menghasilkan sel mati, sebaliknya ia menghasilkan mineral kalsium semulajadi tubuh. Oleh itu, pencemaran yang berlaku di gigi akan menyebabkan gigi memendam caj proton.

Kesan pencemaran proton pada gigi
Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.

Mudarat Burus Gigi Linen
Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan.
Malah berus itu sendiri sebenarnya penuh dengan bakteria dan boleh memudaratkan gigi.
Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.
Lipas amat menyukai berus gigi. Mereka suka “membersihkan” berus gigi anda setiap malam.
Sekiranya anda boleh menukar berus gigi setiap bulan atau merawat berus gigi setiap kali digunakan, maka berus itu selamat digunakan.

Aliran Elektrostatik
Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.
Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya. Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron
Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.
Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.


Teknik Menggosok (Bersiwak)
Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.
Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

Kesimpulan Manfaat Bersugi
1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang. 

Sumber : Prof. Dr. Hj. Ariffaizal Ariffin

KONSEP TAWAKKAL DALAM MENYIMPAN EMAS


Di mana datuk nenek moyang kita menyimpan harta benda berharga seperti  emas sebelum wujudnya kemudahan bank di Malaysia  atau sebelum kewujudan Bank Negara Malaysia atau BNM yang ditubuhkan pada Januari 26, 1959? Adakah kerana kewujudan bank-bank maka tawakkal kita kepada Allah turut berkurang? 

Manusia lazimnya mempunyai seribu macam inisiatif dalam menjaga dan mempertahankan harta mereka daripada hilang atau dicuri. Ini adalah lumrah. 

Namun janganlah kerana kewujudan kemudahan-kemudahan ini menggugat keyakinan dan menghakis tawakkal kepada Allah. Tawakkal juga menunjukkan tanda  kekuatan atau kelemahan iman seseorang mukmin. 

Kita tidaklah menentang bank-bank. Kewujudan bank-bank amat banyak manfaatnya kepada kita. walaupun  ada juga kes-kes kehilangan wang dan barang-barang berharga di bank.
 
Sebab itu selalu dikatakan bahawa dunia ini adalah imtihan (ujian) kepada manusia. Selepas berikhtiar  maka kita akan bertawakkal kepada Allah dengan menyakini  bahawa Dialah yang sebenar-benarnya pemelihara harta kita. Kita hanya berusaha. Jika Dia sudah memelihara maka kalau pintu tidak berkunci pun tiada siapa yang mahu masuk ke rumah kita. 

Mengapa bagi sesetengah wanita yang memakai barang perhiasan emas tanpa takut dan segan memperagakan hiasan mereka? Ini adalah disebabkan kebiasaan. Alah bias tegal biasa kata orang. Keyakinan diri akan datang. Padahal mereka lah yang sepatutnya lebih takut dan berhati-hati kerana betapa banyak mata-mata memerhati dan berminat. Bagi orang sudah belajar membeli emas lama-lama mereka akan menambah jumlah simpanan emas mereka. Sebab? Tawakkal makin bertambah. Jadi tak rugilah jika harta bertambah, tawakkal pun bertambah bukan?

Cuma satu nasihat dalam menyimpan emas. Jangan termasuk di kalangan orang yang menggenggam tangan(kikir) hingga zakat pun begitu liat untuk dikeluarkan.

Tanah lot banglo tepi highway RM63k 2 lot

Petak yang masih kosong hanya 14, 19 dan 20 saja.

hubungi 0199143210 untuk dapatkan maklumat lanjut.

Tanah banglo dekat Bandar Baru Pasir Mas satu lot RM16,000 saja

Lot  yang masih kosong ialah petak 7,11,12 dan 29 saja. yang lain semua sudah habis dijual. Harga 10,000 lebih rendah daripada harga pasaran. 5 km sahaja dari Bandar Baru Pasir Mas.







 Hubungi saya - 0199143210 untuk mendapatkan maklumat lanjut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Komen

blog kengkawan