Penyakit Yang Tak Nampak Bahaya
Penyakit kurang yakin @ tidak yakin kepada amal-amal agama makin menjadi-jadi. Apa nak buat, benda belum nampak lah katakan.
Sebenarnya kalau diperhatikan dengan mendalam pasti akan nampak natijahnya ketika di dunia lagi. Ini hanya dikesan oleh orang yang mengamalkannya secara istiqamah sahaja. Apabila datang pertolongan Allah, maka pada ketika itulah iman dan yaqin kepada janji-janji Allah terhadap amal-amal yang dijanjikan melalui quran dan hadis-hadis akan meningkat.
Samalah keadaannya apabila seseorang memberitahu kita tentang kehebatan seorang pengamal perubatan yang dapat menyembuhkan penyakit tertentu. Pada mulanya kita mungkin was-was tetapi berbeza keadaannya apabila kita sendiri mencubanya. Kalaulah dakwaannya sahabat kita benar, tidakkah kepercayaan dan keyakinan kepada pengamal perubatan itu juga meningkat?
Begitulah keadaannya apabila kita secara berterusan mengamalkan sesuatu amalan yang dijanjikan akan sesuatu faedah ( samada hal dunia @ akhirat) melalui lidah nabi SAW. Maka pada satu ketika perkara tersebut terhasil di hadapan mata kita tidakkah keyakinan akan bertambah. Keyakinan kepada amalan yang dijanjikan samalah keadaannya dengan yaqin kepada Yang Memberi Janji(Allah SWT).
Boleh kah kita mempercayai seseorang tetapi ucapannya tidak kita yakini?
Sebanyak mana penggantungan hati kita kepada Allah dan amal2 yang dijanjikan, sebanyak @ secepat itulah pertolongan Allah akan sampai. Contohnya, pengabulan hajat melalui solat. Berapa ramai dari kita menyerahkannya kepada tetamu-tetau yang dijemput? Sedangkan kita sibuk melayan tetamu tanpa segan untuk menunaikannya, padahal belum tentu tetamu kita berdoa untuk kita dgn ikhlas dan tawajjuh penuh kepada Allah SWT.
Di bawah ini adalah contoh beberapa amalan yang sempat saya himpunkan. Semoga bermanafaat untuk kita semua..amiin..
1. Abu Hurairah R.A meriwayat, seorang datang kepada Rasulullah dan berkata : Ya Rasulallah! Seekor kala jenking menyengat malam tadi. Rasulullah menjawab: Jikalau engkau mengucapkan di waktu petang:
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَق
aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya
Nescaya, ia tidak akan membahayakanmu.( Hadith Muslim)
Abu Hurairah meriwayatkan , Nabi bersabda : Barang siapa yang membaca doa ini( doa di atas) 3 kali di waktu petang. Nescaya tidak akan ada apa - apa yang membahayakannya pada malam itu. Suhail r.a berkata : Isteriku menghafal kalimah ini dan sentiasa membacanya setiap malam. Pada suatu malam seekor serangga berbisa menyengat anak gadisnya yang kecil tetapi ia tidak merasa sakit sedikit pun.
( Hadith Tirmizi)
2. Ma’qul bin Yasar meriwayatkan, Nabi bersabda: Barang siapa yang membaca 3 di waktu pagi.
أَعُوْذُ بِاللهِ الْسَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Dan membaca 3 ayat terakhir dari surah Al Hasyar maka Allah akan mewakilkan dengannya dengan 70,000 malaikat yang mendoakannyahingga waktu petang dan apabila ia mati pada malam itu dikira mati syahid dan barang siapa mengucapkannya diwaktu petang ia pun mendapat darjat yang sama.
( Hadith Tirmizi)
3. Ustman bin A’fan meriwayatkan, saya mendengar Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca kalimat-kalimat berikut di waktu petang:
بِسْمِ اللهِ الَذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْىءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ وَهُوَ السَميْعُ العَلِيم
(Dengan Nama Allah yang dengan namaNya tidak membahayakan sesuatu apapun di bumi dan langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)
Maka ia tidak akan ditimpa bahaya oleh suatu apapun pada pagi itu dan jika ia membacanya 3 kali pada waktu pagi tidak akan ditimpa bahaya oleh sesuatu apapun hingga ke petang. (hadith Abu Daud).
4. Abu Darda’ meriwayatkan : Barang siapa membaca kalimat-kalimat ini 7 kali di waktu pagi dan 7 kali di waktu petang dengan ikhlas:
حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ
(Cukuplah Allah bagiku, tiada yang patut disembah kecuali Dia, dan kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Rabb kepada arasy yang agung)
Allah akan mencukupkan baginya terhadap segala apa yang menyedihkannya( dalam dunia dan akhirat). Adakah ia beriman kepada keunggulan kalimah ini atau tidak? ( Hadith Abu Dawud).
5. Anas bin Malik meriwayatkan , Rasulullah bersabda : Barang siapa yang mmengucapkan pada waktu keluar rumahnya:
بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ
Dengan Nama Allah, Aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah)
Maka dikatakan kepadanya (oleh malaikat) : Engkau telah dicukupkan( pada hari ini), dan engkau dilindungi dari perbuatan jahat dan syaitan telah lari daripadamu). ( Hadith Tirmizi)
6. Abu Wail meriwayatkan ,seorang hamba mukatab datang kepada Ali dan berkata: Saya berada dalam kesulitan untuk membayar sejumlah wang tebusan dalam mmasa yang dijanjikan untuk membebaskan diri saya (dari perhambaan), maka tolonglah saya. Ali berkata , mahukah saya ajarkan kepada kamu beberapa kalimah yang Rasulullah ajar kepada saya.? Jikaulau engkau di dalam keadaan berhutang yang sama dengan jumlah seer( mata wang yaman) bahkan allah akan menanggung hutang itu bagi kamu. Ucapkanlah:
اللهُمَّ اكْفِنِيْ بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِيْ بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Ya Allah! Selamatkanlah aku dengan rezeki yang halal tanpa yang haram dan jadikanlah aku merdeka dengan rahmatMu dari orang lain kecuali Engkau. ( HR Tirmizi)
7. Baca Di waktu Pagi Dan Petang
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنَ, وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ, وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ, وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَتِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Ya Allah! Aku berlindung kepada Mu dari kesusahan dan kedukaan, aku berlindung kepada kepada Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada Mu dari sifat penakut dan bakhil, aku berlindung kepada mu dari banyak hutang dan penindasan orang.
8. Abdullah bin Amr RA meriwayatkan Rasulullah bersabda: Apabila seorang merasa gelisah(melalui mimpi buruk) ketika ia tidur maka hendaklah ia mengucapkan:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَّرِ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَيَطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنَ
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang Sempurna dari kemurkaanNya, kejahatan hamba-hambaNya, dan kejahatan bisikan-bisikan syaitan dan kehadiran mereka. Maka mimpinya itu tidak menyebabkan terganggu. Abdullah b Umar mengajarkan doa ini kepada anak-anaknya yang mencapai usia dewasa dan menulis di atas sekeping kulit dan menggantungkan tulisan itu di leher anaknya yang belum baligh. (HR Tirmizi).
9. Umar r.a meriwayatkan,Rasulullah bersabda : Barang siapa yang melihat seorang dalam kesusahan dan malapetaka dan ia membaca doa ini:
الحَمْدُلِلَّهِ الَّذِيْ عَافَانِيْ مِمَّا ابْتَلَكَ بِهِ وَفَضّلَنِيْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيْلاً
Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang telah menimpa kamu, yang telah melebihkan aku ke atas kebanyakan ciptaanNya.Akan diselamatkan dari malapetaka dalam seluruh kehidupannya,tidak kira macam apa malapetaka yang akan terjadi.(Hr Tirmizi)
Catatan: Ja’far R.a berkata : Doa ini mesti diucapkan dalam hati supaya orang yang tertimpa malapetaka tidak mendengarnya.
10. Umar Bin Umar r.a meriwayatkan ,Rasulullah bersabda: Apabila seorang memasuki pasar hendaklah dia mengucapkan doa:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِيْ وَيٌمِتُ وَهُوَ حَيٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْىءٍ قَدِيْرٌ
Tiada yang patut disembah kecuali Allah, Dia yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, kepadaNya milik segala kerajaan dan kepadaNya segala pujian, yang menghidupkan dan yang mematikan dan di dalam tanganNya segala kebaikan dan Dia berkuasa atas segala sesuatu. Allah akan mencatat baginya 1,000,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000,000 keburukan, dan menaikkan 1,000,000 darjat. Dalam riwayat laindisebutkan: Sebuah mahligai akan didirikan baginya dalam syurga, ditempat yang meninggikan kedudukannya dengan 1,000,000 darjat.(Hr Tirmizi)
11. Shaddad b Aus ra meriwayatkan,Nabi bersabda: Penghulu Istighfar adalah mengucapkan :
اللّهُمَّ أَنْتَ رَبِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُلُكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَ نْبِيْ فَاغْفِرْلِيْ إِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ
Wahai Allah! Engkau Rabku tiada tuhan selain Engkau,Engkau ciptakan aku dan aku adalah hambaMu dan aku dalam jaminan dan janjiMu menurut kemampuan ku, aku mengakui kepadaMu atas nikmatMu padaku dan mengakui dosaku,maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau,aku berlindung kepadaMu dari kejahatan perbuatanku.
Rasulullah bersabda: Barangsiapa mengucapkan itu pada hari itu dengan penuh yakin dan mati sebelum petang maka ia termasuk penghuni syurga. Dan apabila ia mengucapkannya di waktu malam dengan keyakinan yang teguh dan mati di waktu pagi. Maka ia termasuk penghuni syurga. (hr Bukhari)
12. 8 Sunnah Lengkap Ketika Berkenderaan
Memulakan dengan : kaki kanan
Kemudian, membaca:
بِسْمِ اللهِ
Apabila berada di dalam kenderaan hendaklah membaca:
الْحَمْدُلِلَّه
Kemudian apabila kenderaan bergerak barulah membaca:
سُبْحَانَاالَّذِي سَخَّرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُو مُقْرِنِيْنَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
( Maha suci Allah yamg memudahkan perjalanan ini untuk kami, sedangkan kami tidak mampu mengendalikannya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami akan kembali)
Kemudian, ucapkan tahmid 3 kali :
اْلحَمْدُ الِلَّهِ
Disusuli takbir 3 kali :
اللهُ أَكْبَرُ
Dan mengucapkan:
سُبْحَاكَ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْلِيْ فَإِنَّهُو لَا يَغْفِرُالذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ
(Maha suci Engkau sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri, maka ampunilah aku kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau).
Kemudian yang akhir,
lihat ke langit dan tersenyum.
Rasulullah SAW apabila selepas melakukan sebagaimana di atas telah ditanya seorang sahabat. “ Kenapa kau tersenyum, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah sangat gembira apabila hambaNya mengucapkan:
رَبِّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ غَيْرُك
( Tuhanku ampunilah dosa-dosaku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan